Papa Itam and Famaly Story

Pertama sekali P.I mengucapakn selamat berpuasa pada semua kawan-kawan blogger yang masih ingat
pada blog usang ni.Usang bukan tak berpenghuni cuba tersibuk dengan keadaan..terima kasih pada seorang kawan yang sentiasa mengingatkan.."lama tak update"
sekadar ingatan pada diri sendiri
Perjalanan hidup ini banyak cabaran dan dugaan,ada kalanya kita tewas dengan cabaran,
tewas bukan bererti kita telah kalah,kita masih lagi diberi peluang dan setiap yang berlaku ada sebabnya mungkin itu yang terbaik.

"Sila jaga pertuturan, jangan puasa di bulan Ramadhan kali ini hanya membawa lapar
dan dahaga lantaran hangusnya pahala puasa kerana keceluparan mulut kita."

Dicatat oleh Papa-Itam 23 Ogos 2009 View Comments




Pada penulis hasil karya ini, izinkan karya ini diterbitkan pada blog ini. Tersentuh hati....terimbas kembali....Buat seorang hamba ALLAH yang sudi memforward email pada aku terima kasih seribu erti....bukan mencari nama sekadar satu perkongsian ilmu...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail....
Hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya...
Ketajaman mata kail kamu &mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang....
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU kamu...
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu...

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada....
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja...
Kerana apabila ia mulai RETAK...tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula..
Dan bukannya terus dibuang bergitu sahaja....

Begitulah juga....

Jika kamu sedang memiliki seseorang...TERIMALAH dia seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa...
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ...tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja.....

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi....
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu....
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT....
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain.....
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN.....
Kelak nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi.....
Kamu akan MENYESAL.....

Begitulah juga.....

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN....
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu....
MENYAYANGIMU.... MENGASIHIMU....dan MENCINTAIMU.....
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.....
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.....
Kelak , dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain....
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlau mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama
KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI....kita akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terus BAHAGIA....itu lebih BERMAKNA!

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti,namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"


Dicatat oleh Papa-Itam 06 Jun 2009 View Comments





Hari ini merupakan sambutan hari guru peringkat sekolah.........
meriahlah juga walaupun dalam zaman kegawatan nie.... kat atas tu salah satu acara yang dibuat pada hari nie yang sempat dan larat umie rakamkan...
dalam aturcara majlis, pasti ada agenda nyanyi2 kan .... lagu guru malaysia dan lagu tema dah semestinya....lagu yang satu nie umie suka sangat.ini lagu tambahan....senikatanya membawa maksud mendalam bagi umie sepanjang berada dalam kerjaya seorang guru.......jadi umie abadikan dalam en3 kali ini.....

Biar ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini
dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri






Rasa terharu bertambah terharu kerana masih ada insan yang menghargai pengorbananku.....
Bukan hadiah yang dipinta cukup sekadar ' Selamat Hari Guru cikgu.....' itu cukup membuahkan rasa gembira dan dihargai....
Namun bagi sesiapa yang memberikan hadiah pada cikgu..... terima kasih sayang......
Terima kasih juga kepada barisan guru - guru selaku AJK yang bertungkus lumus menjalankan tugas pada 16 Mei 2009 bagi garden hi- tea di Tasik Titiwangsa dan khususnya hari ini 18 mei 2009 di padang sekolah SKSB ....ini semuanya kerana Hari Guru 2009...simple namun ianya tetap meriah....memori yang cukup indah ini akan umie semadikan dalam kotak hati sampai kapan pun ......nantikan Hari Guru 2010....

Dicatat oleh Papa-Itam 18 Mei 2009 View Comments

Minta izin pada tuan umpunya hasil karya kartun ini untuk untuk memaparkan hasil karyanya pada
blog ini...izinkan ya..blog ni bukan berasalkan keuntungan ...sekadar satu perkongsi...

Betul ke tak




Macam mana dengan yang ni..




Boleh marah ke tak ni..
cikgu-cikgu pernah alami peristiwa ini




Apa yang perlu difikirkan oleh graduan kini..

Dicatat oleh Papa-Itam 16 Mei 2009 View Comments


Tengah sibuk layan kerja kat opis,Aku klik satu email yang diterima dari seorang kawan,aku baca setiap baris kata..dalam tak sedar aku boleh menitis air mata..mula la ingat emak dikampung...rasanya dah 5 hari tak telefon mak..yang pasti bila dah berumahtanga rindu dan sayang pada emak semakin menebal..mak anak mak ni rindu sangat kat mak...

Untuk semua teman2 ....

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG TERBAIK.


Dicatat oleh Papa-Itam 06 Mei 2009 View Comments



Apa punya tajuk aku letak kat entri kali ni..lantak lah...hari ahad 3/5/2009 jangan tak percaya dari yong peng ke rawang makan masa lebih kurang 7 jam selalunya aku akan ambil masa lebih kurang 3 jam lebuhraya hari tu betul-betul penuh dengan kereta....nak dijadikan cerita aku berhenti rehat kat hentian seremban..untuk makan terpaksa beratur tunggu meja(tunggu orang habis makan la)...kalau ikut aku malas nak makan waktu-waktu macam ni tapi bila fikirkan keadaan isteri tersayang ..nak tak nak kena laaa...tengah-tengah orang ramai tu umi beratur tunggu giliran untuk duduk dimeja(aku ditugaskan layan-layan anak-anak)...selesai aje orang dimeja tu bangun umi pun nak duduk..tiba-tiba seorang lelaki belari macam orang kebuluran ,tampa rasa bersalah,tampa ada perasaan malu terus duduk dan panggil ahli keluarga nya duduk..BAPAK SAPA YANG PERANGAI MACAM TU...ini punya orang pun ada kaaa.. umi terpinga-pinga..aku yang sibuk layan kerenah anak-anak datang dekat umi...tak apa sayang..sabar ada hikmah sebalik tu yang mampu aku kata waktu tu dalam hati tak percaya cerita la.kalau ikut hati boleh bergaduh tapi bila fikir balik orang macam tu aku pun nak jadi macam tu ke..(yang aku lihat pada keluarga tu..BAPAK yang kurang ajar tu sihat,isteri nya pun sihat dan anak-anak yang dah besar pun sihat-sihat belaka..lupa semuanya seagama dan sebangsa dengan aku)apa masalah NYA?BAPAK kencing berdiri,nanti anak kencing berlari...

*susah sangat ka nak hormat orang lain terutama ibu yang sedang mengandung.
*mana pergi nya santun melayu



Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

apa kata ko orang...

Dicatat oleh Papa-Itam 05 Mei 2009 View Comments

Tak sangka dalam tempoh kaku blog ni dulu,
rupa-rupa masih ada orang ingat,pernah aku keluar kan kenyataan sedih
"blog usang yang kian dilupakan" mana tak nya aku tinggalkan blog tanpa aku update untuk sekian lama,
rupa-rupa dalam tempoh kaku dulu masih ada orang yang sudi datang kat blog aku.
Terima kasih kawan.



Award kali ni diterima dari pada dua orang Sahabat:-
1.reynne -dah lama dapat baru karang dipaparkan(maaf ya)

2.Cm -aku tabik spring dengan buah fikiran dia

kalau ada pemberian yang tak dipapar bukan bererti tak sudi menerima nya..P-I
berbesar hati menerima nya cuma keadaan dan masa waktu itu yang tak mengizinkan
berbuat demikian.

**pada semua andainya ada entri diblog ini yang kurang menyenang harap dimaaf dan sedia menerima teguran.sila email teguran anda di:-

Dicatat oleh Papa-Itam 30 April 2009 View Comments

Subscribe here