Papa Itam and Famaly Story

Bau pilihanraya makin kuat,Borak-borak kedai kopi tajuk utama masti banyak buka isu politik...Buka tv cerita semakin gila..banyak cerita hentam sebelah sana...cawangan-cawangan baru dah mula tumbuh macam cendawan lepas hujan...aku tak arif kalau nak bercerita tentang politik...sampai masa aku pangkah yang mana aku fikir betul..kita yang membentuk kerajaan.
yang sebelah sana pulak buka isu lembu dan pinjaman belajar...teringat aku sistem pawah lembu kat kampung dulu-dulu berjaya pun...kau jaga elok-elok lambu anak lembu kau punya..beranak lagi aku pun..macam tu kot sistem pawah...pawah zaman sekarang lain macam..pawah habis punya.
Lebih kurang 50 tahun dulu belajar pandai kerajaan tanggung...alangkah baik nya golongan bijak pandai dulu fikir bagai mana untuk memudahkan generasi seterusnya...kalau tak silap aku pinjaman pelajaran ditubuhkan waktu DSA dalam kerajaan..rasanya dia yang mencadangkan...dah disokongan oleh yang lain...kalau yang cadangan salah yang sokong pun salah la..tak gitu...pesan orang tua jangan meludah ke langit takut takut terkena diri sendiri.Persoalannya pasai apa isu pinjaman pelajaran menjadi isu..nak mencari unji gologan muda-muda ke...
Ulasan dari aku yang kurang arif "dalam kerajaan mesti ada pembangkang..betulkan apa yang salah..tambah apa yang kurang".
Tak sabar nak pangkah kali kedua...undi adalah sulit...

Dicatat oleh Papa-Itam 19 April 2012 View Comments


Terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar (WP) yang telah membuat pemeriksaan dan mengeluarkan kompoun kepada motosikal di susur keluar lebuhraya DUTA baru-baru ini.
Sebagai seorang biasa yang telah dikenakan kompoun agak terkejut dengan tindakan pegawai yang bertugas yang terus mengeluarkan kompoun.Cuba bayangkan motosikal yang baru dibeli dalam 1 tahun lebih dan sentiasa membuat servis berkala dikenakan kompoun sebab dan alasan pencemaran udara.
Dan sebagai orang biasa adakah ANDA akan terfikir motor 4 lejang akan mengeluarkan asap seperti sebuah lori..tentu tidak bukan..dan kenyataan disini kompoun telah dikeluar kepada saya dengan alasan melakukan pencemaran udara.
Taniah atas ketegasan dalam menjalankan amanah yang telah diberikan saya ucapakan kepada Jabatan Alam Sekitar (WP) dan harap-harap lepas ini cari la ikan jerung pulak.Dan untuk pengetahuan semua pada hari itu pemeriksaan hanya dibuat untuk motorsikal sahaja sebab sekatan dibuat pada susur keluar motor dilebuhraya duta dan Hanya JAS sahaja yang terlibat.
Dan pada hari yang sama saya cuba untuk mendapat penjelasan dari JAS(WP) melalui telefon dan agak kecewa dengan layanan yang diterima..Satu persoalan dimana santun orang kita ya..kalau bangsa lain dapat diterima ini bangsa ku sendiri...
walaubagaimana pun kompoun telah ku jelaskan..syukur...
terlintas difikiran; "tak ada ke timbang cara atau lebih kurang"sekurang-kurangnya bagi amaran dahulu" motor beb bukan lori.
Kan lebih baik adakan
"Kempen Pemeriksaan Asap kenderaan tanpa saman"terutama untuk motor..mana la orang-orang bawa motor tahu..sebab asap motor bukan macam asap lori...kalau keluar rumah pakai minyak wangimahahl-mahal ikut belakang lori dapat la pakai minyak asap lori.
dalam laut penuh jerung ikan bilis yang mampu ditangkap mengapa begaitu?

Dicatat oleh Papa-Itam 30 September 2011 View Comments


Tengok cantik diluar..diatas siapa yang tahu..bila tengok keadaan kayu yang digunakan untuk struktur kayu kekuda bumbung..betul-betul hati jadi panas dengan pemaju..buta-buta tipu aku dan pembeli yang lain.
Ada orang kata tak payah bising-bising nanti HARGA RUMAH JATUH..Lantak la harga rumah jatuh..kalau struktur kaya(kayu Murah) jatuh menimpa anak dan isteri yang mungkin mengakibat kehilangan nyawa macam mana?Ada kah itu harga yang perlu dibayar bagi mengelak harga rumah jatuh..bagi AKU keselamatan isteri dan anak-anak lebih utama..

"soal keselamatan haruslah diletakan pada tahap yang tertinggi".Diminta pihak-pihak berwajib mendengar rintihan setiap penduduk di Taman Pinggiran Pelangi yang rata-ratanya mempunyai ramai anak-anak kecil.Nyawa manusia tiada Nilainya.


Dari laporan MTIB
1..Kayu Gubal tidak mempunyai Ketahan Sama dengan teras Kayu dan ianya perlu diawet untuk mengelakan daripada serangan serangga perosak kayu seperti anai-anai dan kulat yang boleh menyebabkan kerosakan dan pereputan terhadap stuktur kayu(awet pun tak betul)

2.kerangka bumbung dipercayai tidak diawet dengan sepenuhnya dengan bahan pengawet kayu iaitu copper Chromium Arsenik ( CCA)

3. Kebanyakan kayu yang digunakan adalah kayu yang berkualiti rendah atau kurang bermutu kerana mengandungi banyak kecacatan yang boleh melemahkan kekuatan kayu seperti pecah,retak,wen(kesan atau kulit kayu), buku kayu berongga dan mempunyai tanda kemerosakan kekuatan kayu yang ketara.

Sekian Terima Kasih..
P/s:Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memperjuangan isu ini..moga usaha kita dipermudahkan oleh NYA.

Dicatat oleh Papa-Itam 19 September 2011 View Comments

Dapat kunci rumah mesti sesuatu perkara yang mengembirakan bagi semua pembeli rumah terutamanya bagi pertama kali membeli rumah.Ayat itu hanya pernyataan bukannya kenyataan..
Bagi aku dan isteri yang membeli rumah di Taman Pinggiran Pelangi FASA 2B banyak cerita suka duka yang kami lalui.Menunggu rumah untuk disiapkan yang telah melebihi masa 18 bulan dari apa yang telah ditetapkan dalam SnP satu cerita dan dapat kunci rumah tak boleh diduduki satu cerita lagi.Alasan demi alasan yang diberikan pihak pemaju satu cerita lagi.
Bukan cara aku untuk cepat melatah.Tunggu sedikit masa....langkah yang tampak sumbang ni akan di atur semula.Hingga saat ini rumah yang siap tapi hanya elektrik yang boleh digunakan namun air masih dalam penantian.Kini 1 meter dikongsi ramai. Bayangkan jika semua orang ada di rumah...Terasa seksa menunggu air memenuhi sebuah baldi. Rasanya terpaksa la aku menggali perigi .CF entah lah sapa la aku untuk menjawap....aku sedar diri ni...yang best nya waktu ambil kunci dulu segala pembayaran yang berkaitan pemaju mesti dijelaskan sepenuhnya...tidak boleh dibayar secara ansuran...cash yer...namun apa yang pemaju mesti jelaskan kembali pembayaran atas kelewatan mereka pada aku , boleh plak lambat dan mereka memberitahu bayaran akan dibuat sebanyakk dua kali bermakna ansurankan....terbahak-bahak aku gelak...aku yang tenat nak pakai duit atau mereka ni....itulah kenyataan off records dari kerani pemaju..apa kes ni beb...ni la cara win to win kepala hotak...Ada beberapa perkara berkaitan lampiran yang diterima dari pemaju mendatangkan kekeliruan.Satu surat yang dikeluarkan oleh Majlis Pembandaran selayang berkaitan servis sebelum mendapat Cf sepenuhnya mengapa FASA 2B jadi FASA 1.(nak kena paparkan ke)
Macam ada cerita belakang aje, tak apa perkara ni akan aku rujuk pada yang lebih pakar.Kepada pihak pemaju cukup-cukuplah memperbodohkan pembeli...dan jangan anggap semula orang mudah digula-gulakan...mungkin diantara kami selama ini senyap dan hanya memandang sahaja namun menunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan taring sahaja....bersambung...gambar akan diupload nanti

Dicatat oleh Papa-Itam 27 Februari 2011 View Comments




Teringat waktu mula-mula nak pasang internet dirumah.. atas perbincangan besama sebulat kata..kami akan pastikan mendapat pendapatan tambahan..bagaimana cara tu yang menjadi persoalan nya..nak sewakan ruang iklan diblog,blog ni bukannya top pun..update lama-lama sekali..Atas minat kami yang suka membuat kaji banyak sumber kat internet ni yang boleh jadikan sebagai sumber pendapatan.

Asal barang jadi duit..untung tak perlu banyak,kena cara dan gaya insyaALLAH ada rezeki nya.Moga apa yang kami jalan ni mendapat keberkatan dari ALLAH.

"nak cari untung mesti ada keikhlasan,barang yang terbaik,pergorbanan dan perkhidmatan."

"Bila kita yakin Rezeki dari ALLAH usah takut pada persaingan."


"Kami berniaga bukan sekadar mencari keuntungan tapi tujuan utama adalah berkongsi keuntungan."

"Ada kalanya dalam perniagaan ni..kena guna Ayat Biarlah Rahsia."

Dulu berniaga dari mulut ke mulut kini kami beronline..tunggu kemunculan blog perniagaan online dari kami...Pada pelancaran Blog Perniagaan Online kami nanti Sudi-sudilah join peraduaan yang disediakan..Hadiah bagi pemenang akan diberikan.Sokongan semua sahabat amat diharapkan.



Dicatat oleh Papa-Itam 21 Mei 2010 View Comments


Tungku elektrik terkini dan sensasi


Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan(tungku elektrik).Bahan fabric(tungku elektrik) bantal ini diperbuat dari bahan anti-kuman/bacteria.
Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat .
Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis,
Sikit mata,servikal vertebra,sakit kepala,sakit gigi,kepanasan badan,mengelakka sakit leher,bahu,belakang,tergeliat,sakit tulang/otot reumatisme,sakit haid,sakit perut ,paling sesuai untuk perempuan lepas bersalin(berpantang) dan lain-lain.

Kelebihannya hanya cas dalam 5-8 minit dan boleh digunakan selepas itu selama 2 hingga 3 jam…..senangkan..
Harga hanya RM: perunit ( tidak termasuk kos penghantaran)
Jenama Kang Bao terbaik di pasaran buatan Taiwan.

pengedar amat diperlukan...

“Aku berniaga bukan sekadar mencari untung tetapi tujuan utama berkongsi keuntungan”



Berminat atau ingin mengetahui maklumat lanjut,
sila e-mail :
Email: rusmidi[at]gmail.com
tinggalkan komen diblog
Blog: http://papa-itam.blogspot.com/
Twitter: http://twitter.com/papaitam
Facebook: http://facebook.com/Midie-Nora
Telefon Bimbit:012-2556299 begin_of_the_skype_highlighting              012-2556299      end_of_the_skype_highlighting

Dicatat oleh Papa-Itam 06 Mei 2010 View Comments

Aku paling suka bila ada pilihan raya kecil

Mengapa ya…

Tiba-tiba rasa satu keajaiban bila jalan raya yang berlubang dan kecil
Dah ditutup dan dah besar kan bertuah nya tempat tu.

Tiba-tiba ada banyak program yang dianjurkan tak ke rasa pelik.
Bantuan sana sini mengalir dengan cepat tak percaya cuba mohon.

Kalau aku pergi membuang undi kali pecah la dara atau record dalam usia 30 an tak pernah mengundii.

Teringat pertanyaan anak perempuan aku gambar orang tu kena pangkah dia salah ke?

Dicatat oleh Papa-Itam 16 April 2010 View Comments

Subscribe here