Hari ini merupakan sambutan hari guru peringkat sekolah.........
meriahlah juga walaupun dalam zaman kegawatan nie.... kat atas tu salah satu acara yang dibuat pada hari nie yang sempat dan larat umie rakamkan...
dalam aturcara majlis, pasti ada agenda nyanyi2 kan .... lagu guru malaysia dan lagu tema dah semestinya....lagu yang satu nie umie suka sangat.ini lagu tambahan....senikatanya membawa maksud mendalam bagi umie sepanjang berada dalam kerjaya seorang guru.......jadi umie abadikan dalam en3 kali ini.....
Biar ku Menjadi Lilin
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling
Dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan
rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini
dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan
setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa
dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian
saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini
dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Rasa terharu bertambah terharu kerana masih ada insan yang menghargai pengorbananku.....
Bukan hadiah yang dipinta cukup sekadar ' Selamat Hari Guru cikgu.....' itu cukup membuahkan rasa gembira dan dihargai....
Namun bagi sesiapa yang memberikan hadiah pada cikgu..... terima kasih sayang......
Terima kasih juga kepada barisan guru - guru selaku AJK yang bertungkus lumus menjalankan tugas pada 16 Mei 2009 bagi garden hi- tea di Tasik Titiwangsa dan khususnya hari ini 18 mei 2009 di padang sekolah SKSB ....ini semuanya kerana Hari Guru 2009...simple namun ianya tetap meriah....memori yang cukup indah ini akan umie semadikan dalam kotak hati sampai kapan pun ......nantikan Hari Guru 2010....