Papa Itam and Famaly Story


Tengok cantik diluar..diatas siapa yang tahu..bila tengok keadaan kayu yang digunakan untuk struktur kayu kekuda bumbung..betul-betul hati jadi panas dengan pemaju..buta-buta tipu aku dan pembeli yang lain.
Ada orang kata tak payah bising-bising nanti HARGA RUMAH JATUH..Lantak la harga rumah jatuh..kalau struktur kaya(kayu Murah) jatuh menimpa anak dan isteri yang mungkin mengakibat kehilangan nyawa macam mana?Ada kah itu harga yang perlu dibayar bagi mengelak harga rumah jatuh..bagi AKU keselamatan isteri dan anak-anak lebih utama..

"soal keselamatan haruslah diletakan pada tahap yang tertinggi".Diminta pihak-pihak berwajib mendengar rintihan setiap penduduk di Taman Pinggiran Pelangi yang rata-ratanya mempunyai ramai anak-anak kecil.Nyawa manusia tiada Nilainya.


Dari laporan MTIB
1..Kayu Gubal tidak mempunyai Ketahan Sama dengan teras Kayu dan ianya perlu diawet untuk mengelakan daripada serangan serangga perosak kayu seperti anai-anai dan kulat yang boleh menyebabkan kerosakan dan pereputan terhadap stuktur kayu(awet pun tak betul)

2.kerangka bumbung dipercayai tidak diawet dengan sepenuhnya dengan bahan pengawet kayu iaitu copper Chromium Arsenik ( CCA)

3. Kebanyakan kayu yang digunakan adalah kayu yang berkualiti rendah atau kurang bermutu kerana mengandungi banyak kecacatan yang boleh melemahkan kekuatan kayu seperti pecah,retak,wen(kesan atau kulit kayu), buku kayu berongga dan mempunyai tanda kemerosakan kekuatan kayu yang ketara.

Sekian Terima Kasih..
P/s:Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memperjuangan isu ini..moga usaha kita dipermudahkan oleh NYA.

Dicatat oleh Papa-Itam 19 September 2011
blog comments powered by Disqus

Subscribe here