Papa Itam and Famaly Story

Dapat kunci rumah mesti sesuatu perkara yang mengembirakan bagi semua pembeli rumah terutamanya bagi pertama kali membeli rumah.Ayat itu hanya pernyataan bukannya kenyataan..
Bagi aku dan isteri yang membeli rumah di Taman Pinggiran Pelangi FASA 2B banyak cerita suka duka yang kami lalui.Menunggu rumah untuk disiapkan yang telah melebihi masa 18 bulan dari apa yang telah ditetapkan dalam SnP satu cerita dan dapat kunci rumah tak boleh diduduki satu cerita lagi.Alasan demi alasan yang diberikan pihak pemaju satu cerita lagi.
Bukan cara aku untuk cepat melatah.Tunggu sedikit masa....langkah yang tampak sumbang ni akan di atur semula.Hingga saat ini rumah yang siap tapi hanya elektrik yang boleh digunakan namun air masih dalam penantian.Kini 1 meter dikongsi ramai. Bayangkan jika semua orang ada di rumah...Terasa seksa menunggu air memenuhi sebuah baldi. Rasanya terpaksa la aku menggali perigi .CF entah lah sapa la aku untuk menjawap....aku sedar diri ni...yang best nya waktu ambil kunci dulu segala pembayaran yang berkaitan pemaju mesti dijelaskan sepenuhnya...tidak boleh dibayar secara ansuran...cash yer...namun apa yang pemaju mesti jelaskan kembali pembayaran atas kelewatan mereka pada aku , boleh plak lambat dan mereka memberitahu bayaran akan dibuat sebanyakk dua kali bermakna ansurankan....terbahak-bahak aku gelak...aku yang tenat nak pakai duit atau mereka ni....itulah kenyataan off records dari kerani pemaju..apa kes ni beb...ni la cara win to win kepala hotak...Ada beberapa perkara berkaitan lampiran yang diterima dari pemaju mendatangkan kekeliruan.Satu surat yang dikeluarkan oleh Majlis Pembandaran selayang berkaitan servis sebelum mendapat Cf sepenuhnya mengapa FASA 2B jadi FASA 1.(nak kena paparkan ke)
Macam ada cerita belakang aje, tak apa perkara ni akan aku rujuk pada yang lebih pakar.Kepada pihak pemaju cukup-cukuplah memperbodohkan pembeli...dan jangan anggap semula orang mudah digula-gulakan...mungkin diantara kami selama ini senyap dan hanya memandang sahaja namun menunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan taring sahaja....bersambung...gambar akan diupload nanti

Dicatat oleh Papa-Itam 27 Februari 2011
blog comments powered by Disqus

Subscribe here