Tak sangka dalam tempoh kaku blog ni dulu,
rupa-rupa masih ada orang ingat,pernah aku keluar kan kenyataan sedih
"blog usang yang kian dilupakan" mana tak nya aku tinggalkan blog tanpa aku update untuk sekian lama,
rupa-rupa dalam tempoh kaku dulu masih ada orang yang sudi datang kat blog aku.
Terima kasih kawan.
Award kali ni diterima dari pada dua orang Sahabat:-
1.reynne -dah lama dapat baru karang dipaparkan(maaf ya)
2.Cm -aku tabik spring dengan buah fikiran dia
kalau ada pemberian yang tak dipapar bukan bererti tak sudi menerima nya..P-I
berbesar hati menerima nya cuma keadaan dan masa waktu itu yang tak mengizinkan
berbuat demikian.
**pada semua andainya ada entri diblog ini yang kurang menyenang harap dimaaf dan sedia menerima teguran.sila email teguran anda di:-
Hotel terbang..macam mana la agaknya rupa bentuk nya..kalau betul-betul ada
berapa agak nya harga yang perlu dibayar untuk tidur disana..dan dari mana untuk kemana...ok lah tak payah nak pening kan kepala.. kita layan aje...Papa-itam pun tak tau benda ini ada ke tak..tengah-tengah merayau kat internet ni tiba-tiba terjumpa benda ni...yang pasti kat internat banyak cerita tentang benda ni
"Selit sedikit:kau orang semua setuju tak pendapat P-I papan tanda jalan yang ada kat negara kita ni dibina untuk mereka yang sedia tahu jalan bukan untuk mereka yang tak tahu jalan..contoh nya berapa ramai yang boleh tersesat kat bulatan..P-I sampai sekarang pun tak yakin nak bawa kereta ke pusat bandar kuala lumpur."
Sapa-sapa yang pernah ternampak BENDA ini sila angkat tangan
Tengah-tengah sibuk kat opis tadi terima email dari seorang kawan..email tu boleh buat aku tegelak sendiri la...buat pengarang cerita lawak ini izinkan hamba abadikan kat blog hamba cerita ni...pada yang baca cerita ni tersenyum sendiri cukup la
Di meja makan sewaktu bersarapan dengan tiga anak perempuannya yang bernikah serentak semalam… . …
Ibu: Along kenapa masa mak lalu kat bilik ko… mak dengar ko terkekek-kekek ketawa… ..
Along:… .mak. .. kan masa kecil dulu mak pesan kalau SUKA kene ketawa… ..
Ibu:… Oooooo lantas mengajukan soalan pada si Angah… ko plak… kenapa mak dengar ko nangis… !!
Angah: MAk… . kan masa kecil dulu mak pesan… kalau SAKIT… nangis. … !!
Ibu:… Oooo terlupa plak. Langsung bertanya pada si Adik… Ko plak kenapa bilik ko semalam senyap dan sunyi je… .Kak Long ko… ketawa suke… Angah. . ..nangis sakit… .Ko je yang senyap…
Adik: MAkkk… … . mak dah lupake… kan masa kecil dulu mak selalu berpesan… . JANGAN BERCAKAP BILA MULUT PENUH… .!!
Baru-baru ini aku sekeluarga pergi ke satu pameran kira berunsur pendidikan dengan
bayaran masuk untuk dewasa RM12 per kepala dan untuk kanak RM8(kiranya musim-musim begini bayaran bagi aku agak mahal)~~~sebelum pergi ke pameran aku ada berkata bayaran bukan perhalangan~~~waktu membuat bayaran aku ada bertanya dengan dengan budak penjaga kaunter berbaloi kan abang masuk ni~~~dengan nada terpaksa nak jawap entah lah bang~~~melangkah masuk aje~~~perkataan yang pertama keluar dari mulut aku~~~rugi aku bayaran mahal-mahal apa pun tak ada~~~bahan pameran pun kurang~~~tak apa-apa tak~~~bagi pendapat aku yang dah masuk langsung tak berbaloi ~~~tak apalah dah masuk layan aje kerenah anak-anak dan medan memcuba digital camera yang baru aku beli(Olympus 1040)...Apa pendapat korang? kalau tak percaya pergi lah...

Dah bersawang blog ni..disebalik cerita ada cerita..terima kasih pada sahabat
yang sering berkungjung...sapaan dan teguran kalian memberi semangat untuk
memempuhi cabaran....syukur pada pada ALLAH
Apa berita terkini dari kami..
Berita Gambiranya karang ni umi tengah berbadan dua,tengah mabuk-mabuk,mengidam itu ini..seronak melayan kerenah umi.dah nak masuk 3 cahaya mata
cepat masa berlalu...inilah rezeki dan anugerah yang ALLAH berikan.
kami karang ni tengah mencari-cari nama yang sesuai untuk cahaya mata yang bakal dilahirkan dijangka dalam bulan 9.Ada ka sahabat yang nak beri cadangan nama yang terbaik untuk untuk baby kami...mesti ada NURMI..
Anak kami pertama:nurmi adlina(Perempuan)
Anak kami kedua :nurmi hakimi(lelaki)
kalau ada cadangan..silalah beri..mai masuk..mai masuk...
Apa-apa pun terima kasih setinggi pada semua sahabat yang sudi menjejak kami...kalian semua sentiasa dekat di hati
yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita mesrakan,
...........................................................................................
Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz
dah masuk 30 tahun usia aku(27/01/1979)...macam tak percaya tapi itulah satu kenyataan...dah tua rupanya aku...impian,harapan dan cita-cita,moga pertambahan usia ini menjadikan aku hamba ALLAH lebih bersyukur dengan setiap nikmat yang Telah ALLAH berikan.Buat isteri tersayang terima kasih sayang kerana sentiasa bersama abang...

