Papa Itam and Famaly Story


Terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar (WP) yang telah membuat pemeriksaan dan mengeluarkan kompoun kepada motosikal di susur keluar lebuhraya DUTA baru-baru ini.
Sebagai seorang biasa yang telah dikenakan kompoun agak terkejut dengan tindakan pegawai yang bertugas yang terus mengeluarkan kompoun.Cuba bayangkan motosikal yang baru dibeli dalam 1 tahun lebih dan sentiasa membuat servis berkala dikenakan kompoun sebab dan alasan pencemaran udara.
Dan sebagai orang biasa adakah ANDA akan terfikir motor 4 lejang akan mengeluarkan asap seperti sebuah lori..tentu tidak bukan..dan kenyataan disini kompoun telah dikeluar kepada saya dengan alasan melakukan pencemaran udara.
Taniah atas ketegasan dalam menjalankan amanah yang telah diberikan saya ucapakan kepada Jabatan Alam Sekitar (WP) dan harap-harap lepas ini cari la ikan jerung pulak.Dan untuk pengetahuan semua pada hari itu pemeriksaan hanya dibuat untuk motorsikal sahaja sebab sekatan dibuat pada susur keluar motor dilebuhraya duta dan Hanya JAS sahaja yang terlibat.
Dan pada hari yang sama saya cuba untuk mendapat penjelasan dari JAS(WP) melalui telefon dan agak kecewa dengan layanan yang diterima..Satu persoalan dimana santun orang kita ya..kalau bangsa lain dapat diterima ini bangsa ku sendiri...
walaubagaimana pun kompoun telah ku jelaskan..syukur...
terlintas difikiran; "tak ada ke timbang cara atau lebih kurang"sekurang-kurangnya bagi amaran dahulu" motor beb bukan lori.
Kan lebih baik adakan
"Kempen Pemeriksaan Asap kenderaan tanpa saman"terutama untuk motor..mana la orang-orang bawa motor tahu..sebab asap motor bukan macam asap lori...kalau keluar rumah pakai minyak wangimahahl-mahal ikut belakang lori dapat la pakai minyak asap lori.
dalam laut penuh jerung ikan bilis yang mampu ditangkap mengapa begaitu?

Dicatat oleh Papa-Itam 30 September 2011 View Comments


Tengok cantik diluar..diatas siapa yang tahu..bila tengok keadaan kayu yang digunakan untuk struktur kayu kekuda bumbung..betul-betul hati jadi panas dengan pemaju..buta-buta tipu aku dan pembeli yang lain.
Ada orang kata tak payah bising-bising nanti HARGA RUMAH JATUH..Lantak la harga rumah jatuh..kalau struktur kaya(kayu Murah) jatuh menimpa anak dan isteri yang mungkin mengakibat kehilangan nyawa macam mana?Ada kah itu harga yang perlu dibayar bagi mengelak harga rumah jatuh..bagi AKU keselamatan isteri dan anak-anak lebih utama..

"soal keselamatan haruslah diletakan pada tahap yang tertinggi".Diminta pihak-pihak berwajib mendengar rintihan setiap penduduk di Taman Pinggiran Pelangi yang rata-ratanya mempunyai ramai anak-anak kecil.Nyawa manusia tiada Nilainya.


Dari laporan MTIB
1..Kayu Gubal tidak mempunyai Ketahan Sama dengan teras Kayu dan ianya perlu diawet untuk mengelakan daripada serangan serangga perosak kayu seperti anai-anai dan kulat yang boleh menyebabkan kerosakan dan pereputan terhadap stuktur kayu(awet pun tak betul)

2.kerangka bumbung dipercayai tidak diawet dengan sepenuhnya dengan bahan pengawet kayu iaitu copper Chromium Arsenik ( CCA)

3. Kebanyakan kayu yang digunakan adalah kayu yang berkualiti rendah atau kurang bermutu kerana mengandungi banyak kecacatan yang boleh melemahkan kekuatan kayu seperti pecah,retak,wen(kesan atau kulit kayu), buku kayu berongga dan mempunyai tanda kemerosakan kekuatan kayu yang ketara.

Sekian Terima Kasih..
P/s:Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memperjuangan isu ini..moga usaha kita dipermudahkan oleh NYA.

Dicatat oleh Papa-Itam 19 September 2011 View Comments

Subscribe here