Papa Itam and Famaly Story



tak boleh dilupakan saat itu...anak kedua kami demam panas selama 2 bulan .... empat kali kami mengunjungi klinik swasta.Acapkali kami menerima alasan yang sama dari doktor..." biasalah budak-budak , lagipun musim demam ni ..." masih terngiang-ngiang lagi....Suamiku berkali-kali mengatakan bila malam suhu badan adik akan mencecah 39 hingga 40 darjah celcius...adakah itu biasa untuk baby 6 bulan ...."takper saya akan bagi ubat ..." saat itu aku dan suami hanya akur sahaja dalam perasaan hiba..
tapi siapa sangka , pada satu tengah hari , aku mengambil anak-anakku dari taska ...terkejut aku kerana adik muntah dan muntah itu bercampur dengan darah ...penat pulang dari kerja hilang pada saat itu ...lemah longlai aku menghubungi suamiku...sejam kemudian suamiku pulang dari tempat kerjanya ....saat itu kami rasa kami membuat keputusan untuk pergi ke kllinik kerajaan sahaja ...nasib menyebelahi kami kerana tidak perlu menunggu lama untuk giliran ...kami menceritakan dari A sampai Z .Doktor hanya menggelengkan kepala....ini sumer kerana duit..terpana kami...
setelah diperiksa , doktor yang bertugas menyarankan agar kami membawa adik ke hospital Selayang ....beberapa dokumen telah diberikan kepada kami berkaitan pemerhatian pihak klinik ke atas adik ...kami singgah kerumah untuk mengemas sedikit barang yang perlu dibawa ke hospital ...Aku masih ingat lagi , pukul 4.15p.m aku mendaftar di kaunter....tapi kerana terlalu ramai orang , angka giliran ku memaksa anakku bersabar sampai pukul 10.30 malam untuk diletakkan ke dalam wad kecemasan...tapi itu tidak membenarkan kami menarik nafas lega....aku diberitahu darah adik akan diambil ...Ya ALLAH masu tu aku rasa nak pengsan ..adik sakit tak bermaya ...kesian dia ...tapi lagi kesian adik dijadikan bahan kajian ....kenapa ? dat tahu awak pelatih janganlah amik darah baby ...boleh pulah nak bersembang pasal benda -benda yang tak berkaitan dengan pesakit...aku geram jer....pulak tu boleh main tukar-tukar orang pulak ...adik waktu itu dah tak larat nak nangis walaupun aku tahu ia menahan sakit ...akhirnya aku berbunyi jua..."korang boleh buat betul-betul tak kat anak akak . kalau korang nak sembang lepas ni jer ... tolonglah ...baby kak sakit tu ..." "maaf kak " Akhirnya darah anak ku berjaya diambil ....
satu lagi penantian , keputusan bacaan darah adik....lambat dan lembap ....saat itu pukul 2 pagi...bayangkanlah suamiku dan anakku(kakak) yang berusia 4 tahun...macammanalah mereka...kesian kakak ..tapi Alhamdulillah aku dapat suami yang cukup memahami kami...TQ abang...
pukul 5.30 pagi , setelah mendapat keputusan darah adik diarahkan masuk kewad ...
waktu itu aku menghubungi suamiku yang berada diluar wad kecemasan ...kami redha sekali lagi ...akur dengan keputusan itu..
pukul 6.30 pagi , dekat 10 orang pakar datang ke katil adik ...adik dipeksa dan sekali lagi arahan agar darah adik diambil , cuma kali ini air kencing adik dan najis juga perlu dikaji ...doktor menasihatkan aku dan suami agar bersabar....
dari sehari ke sehari aku dihospital ..adik masih begitu ..demam dan muntah darah...yang menyedihkan hati kami ,kakak mengeluh ..."tak seronoklah umi ngan adik tak ada kat rumah ..bila nak balik ?" luluh rasa hati pada waktu itu...kesian kat kakak ...tapi suami aku menerangkan situasi adik pada kakak...kakah hanya mampu kata kesian adikkan umi abah ...
dalam menjaga adik di waktu malam sebenarnya aku bergilir dengan suami...walaupun abang ada munguruskan hal rumah tapi paham-paham ajelah ...jadi aku perlulah menacap apa yang patut ...tapi apapun TQ banyak-banyak kat abang ...
genap 7 hari adik dibenarkan keluar wad , tapi tanpa mengetahui status sebenar adik ...alasan mereka datang semula 2 minggu....hari beganti hari...adik masih demam lagi...kadangkala muntah bercampur darah...rasa macam nak bertukar tempat sahaja ....
cuti tak payah citelah ...habis dah cuti tahunan kami...tak larat menanti kami gagah juga membawa anak ke klinik swasta yang lain ...kami menceritakan kepada doktor tentang adik....doktor itu menyarankan agar kami pergi ke hospital pada waktu itu juga ..kami akur sekali lagi...kami pergi semula ke wad adik yang dulu...Terkejut kami bila jururawat yang bertugas mengatakan doktor tidak dapat mengenalpasti apa sakit adik... dan kami disarankan agar memulakan dari wad kecemasan semula ....
terduduk sekejap aku.... nak mula semula ...apa nie..rasa kecewa ,sedih dan geranm sumernya bercampur baur.Aku tak tahu dari mana suamiku dapat kekuatan membawa kami sekeluarga keluar dari wad itu...di ruang legar hospital aku lihat abang menghubungi seseorang ...aku hanya mampu melihat saja...abang mendekatiku dan mengatakan sesuatu .." kita balik perlis ya...usaha kat sana .." aku menggangguk sahaja ..

Dicatat oleh Papa-Itam 26 Oktober 2008
blog comments powered by Disqus

Subscribe here