Papa Itam and Famaly Story

Sekadar sebuah cetusan rasa apa yang telah dilalui….
sebuah impian..harapan. dan kenyataan..
pada kawan dan teman
terima kasih atas cabaran kalian
kini
telah ku jadi satu landasan
……………………………………………………….
Sedar tak sedar 29 tahun aku hidup di bumi ALLAH….
Syukur tetap jadi orang..dalam usia sebegini aku dah punya isteri dan
dua cahaya mata…nak kata banyak nya harta tak adalah…apa yang
Ada karang ni aku bangun besama-sama isteri aku….terima kasih sayang
Setia berada disisi abg…susah senang biar bersama.

………………………………………………………………………
(...)
aku tawakal dengan pilihan yang telah aku buat dulu…peluang dan ruang yang
datang tak semestinya datang utk kali seterusnya…..
kalau aku terima sambung belajar…mungkin aku masih tak jadi orang lagi

ALLAH maha merancang …

………………………………………………………………………

teingat waktu bebudak sekolah dulu…
“sapa antara kita (aku,apik,jamal) masih naik gerek waktu tua nanti?” seingat aku apik yang Tanya soalan tu …dibawah pokok asam sebelah rumah aku karang ni dah tua pun…

karang ni dia orang dah kawin dah ada anak dah ada kereta dan boleh kata berjaya….aku syukur seadanya apa yang aku ada karang…hidup ini ada pasang surutnya…berputur macam bumi ni…nasib orang tak sama..

satu yang kena ingat bila diatas tu jangan la pulak sombong dan takbur….kita pun dari bawah jugak dulu…biar cakap serupa bikin…lain la dulu kita terus diatas Cuma pengalaman dan nasib yang sebelah pada kita.

Sekadar satu peringatan pada kawan..

Sebelum boleh berlari,berjalan dulu pun kita merangkat kan….dari baby ke dewasa dan akhir sekali tua…..kita tak sentiasa muda,muka yang tegang dan cantik akhir sekali akan berkedut jugak..tunggu aje masanya.

“Ya Allah andainya langkah ku songsang sedarkan lah hamba ini…”

“biar sinis dari ketawa kerana ia lebih bermakna..”

“satu jari tunjuk pada salah orang ada sembilan lagi jari tunjuk pada salah sendiri”


“ya Allah…..


“sebagai seorang manusia kita sering lupa pada kasih sayang ALLAH pada hambanya…ALLAH beri peringatan untuk menyedari hambanya…tentang kelalian atau kemukaran yang telah kita lakukan …Siapa aku kalau ALLAH tak sedarkan aku?


……………………………………………………………………………..


Paku dulang paku serepih

Banyak perkara yang berlaku disini…
Semuanya makan dalam..


“bila cakap pasai duit seorang pasti lupa diri”


KAwAN bUaT aPa NaK bErLaWaN-lAwAn
KaN kItA sAmA-sAmA cArI MaKaN
PeRiUk KaWan TaK UsAh LaH KaU tAbuRkAn

KaWan-KaWan
BeRhAtI-HaTi DeNgAN GuNtInG DaLam LiPaTaN
JaNgAN JaDi KaWaN MaKan KaWaN
KeNaL DuLu Yang MaNa KaWan
DaN YaNg MaNa LaWan


“masih ingat lagi waktu aku tolak tawaran belajar dulu aku kata segulung ijazah tu belum tentu membuat seseorang itu terdidik.”


Dari sesuatu kita belajar tentang sesuatu…harap-harap lepas aku faham la yang maksud tersurat dan tersirat kata-kata tu.Dulu waktu mula-mula kerja kat sini aku hanya angguk-angguk geliang-geliang.

Tiba-tiba teringat arwah tok…aL-fatihah moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.waktu kecil aku suka ikut tok ke masjid terutama solat subuh…yang aku tahu lepas aje ke masjid pasti tok akan singgah kat kedai beli nasi lemak utk aku…rindu sangat pada arwah…yang pergi tak akan kembali..tapi kasih sayang tok masih segar sampai bila-bila….”midi biaq kita miskin dengan harta tapi kaya dengan budi bahasa “ ayat tu selalu tok ingatkan aku…”tok bila midi besaq nanti tok duduk rumah midi. Midi jaga tok… “kita akan rasa kehilangan bila seseoang telah tiada.


Sejarah adalah sesuatu perkara yang perlu diingati,diperlajari dan dihayati…..aku tak akan lupa kisah dimana orang lupa diri….

.cakap jangan lebih

.lihat salah sendiri dulu..sebab kita bukan selalunya betul.

Dicatat oleh Papa-Itam 20 Oktober 2008
blog comments powered by Disqus

Subscribe here