Papa Itam and Famaly Story


Dah masuk hujung tahun..bulan ibubapa pening kepala fikir nak sedia kan
bajet untuk persekolahan musim baru~~yang tak ada bajet apa lagi gunalah perhiasan kaum ibu (cadangan hiasan )itu realiti yang mungkin terjadi,bagi kakitangan kerajaan dah tahu tahun ini tak ada bonus.kalau dengar khabar angin kata "ADA" jangan harap benda yang tak pasti..nanti terperangkap diri..cari lah jalan yang pasti...pesan PI pada kakitangan kerajaan jangan minta-minta bonos nanti dikata tak bermoral plak....(bukan PI yang cakap) Jangan lupa plak bersyukur dengan wang ihsan yang diberikan....kalu anak sepuluh rancanglah dulu sebelum belanja....rancang habis-habisan...."Sepahit peria dibuat sayur sedaplah juga "
Namun begitu bukan semua orang "ada-ada" sebaik mana pun perancangan kewangan, tapi jika pendapatan kurang pun tak membantu.....kais pagi belum pasti dapat makan walau sekali...mungkin kita bukan dalam golongan itu....tapi yang pastinya bila diawal tahun pasti ramai anak didik yang tak seperti keluarga yang berjaya dalam perancangan kewangan....kita mungkin boleh lihat guna mata tetapi kadang2 perlu juga guna mata hati....Alhamdulillah papa belum lagi ke arah itu ...anak baru sorang masuk pra tak rasa sakit manapun...tapi melihat keletah parent yang membeli belah terusik di hati nak buat n3 ni....menggaru kerap kali , berkerut ntah berapa lapis ...termenung sampai nak berlubang lantai....menggeleng dan merengus usah dikata...sekejap si ibu melihat si ayah dan sekejap si ayah merenung minta kepastian pada si ibu ....mereka mungkin sudah buat perancangan sebelum ini tetapi masalah yang datang umpama malang tak berbau...lain yang dirancang lain pula yang jadi....itulah senario ibu bapa sekarang ni....apapun tahniah dan syabas papa ucapkan kerana mereka tetap berusaha untuk menyekolahkan anak2 mereka dalam apa jua keadaan dan apa jua cara ...moga anak2 mereka akan mengenang jasa mereka kelak....wahai anak didikku jadilah orang yang berguna.... hargailah ibubapa mu kerana tanpa mereka kamu tidak mungkin ada di sekolah 4 januari 2010.....~~

Dicatat oleh Papa-Itam 04 Disember 2009 View Comments


Dah lama blog ni sunyi dan sepi,dah lama tuan empunya bercuti,mengapa ya?
dah hilang minat atau dah kering idea untuk berblog lagi?mengapa tak ditutup aje blog usang ni!!!
mungkin tu pertanyaan yang akan bersarang...
Bagi aku pemilik blog ni,untuk menutup blog ni tidak sekali,biarlah usang,biarlah lah orang kata blog ini syok sendiri tapi bagi aku, blog ini penuh bererti,cerita belakang yang sukar dicari ganti,menilai dan pergorbanan seseorang yang sentiasa dekat dihati.Insyaallah Blog ini akan bersinar kembali(bersinar?nak bersinar guna apa ya?)

Dicatat oleh Papa-Itam View Comments

Subscribe here