Papa Itam and Famaly Story




Harap2 terjawap lah sudah...dgn ada nya TAG ni terupdate jugak blog ni

1. Sudah pukul berapa sekarang?
pukul 9.37 malam

2. Apa mood sekarang?
penat, letih tapi happy tengok keletah anak-anak...

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
nak main ngan anak-anak..sambil tengok cerita seram kat tv3 tu...
4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
nak bagi sumer budak yang lemah matematik jadi pandai kut...tak payah pening2 pikir mcm mana nak bagi depa paham hikhikhik...

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
kekasihku seru...
6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
bergurau senda....
7. Apakah waktu makan sekarang? Sudah makan?
dah lepas makan ..selepas solat maghrib tadi...
8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
keluarga tersayang ....
9. Dan Dia/ Mereka sedang buat apa sekarang?
bergelak tawa

10. Macam mana cuaca sekarang?
macam nak hujan jadi ada bahang sikit ,malam nie
11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
pergi mekah buat haji satu kuarga...kalu boleh bawa kuarga perlis dan johor sekali....

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
dari orang yang tersayang ...

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
happy dan agak tenang dapat meluahkan sedikit impian yang mungkin akan jadi nyata ....
14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
9.46 p.m

15. Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
Edy sahabat baik ku

Dicatat oleh Papa-Itam 31 Oktober 2008 View Comments

Jangan tak percaya koleksi foto yang terbaru ni dirakamkan oleh fotographer cilik...

saper lagi kalau bukan anak dara kami yang berusia 4 tahunlah.....ada nilai seni tak....bakat terpendam nie ...

-=[Nurmi]=-

Dicatat oleh Papa-Itam 26 Oktober 2008 View Comments



sebuah entri tanda ingatan..

buat seorang sahabat
kita membesar bersama-sama..
ingat tak waktu dalam kelas time tak ada cikgu
buku kosong menjadi catatan rumah Pak YEH...mesti hang ingat..(tak apa-apa kan)
balik dari sekolah mesti lepak kat pokok 'pukul lima' dekat umah tok aji berahim
waktu petang tempat utama yg kita tuju pantai padang keria..waktu tu ada pasir dan hutan berapi lagi..main-main bina istana pasir karang ni..hanya kenangan.
masuk sekolah menengah..waktu hang minat baca buku cerita seram tamar jalis...aku hanya tau pinjam aje...almaklum lah waktu tu poket aku koreng berisi sikit...adik-adik kan ramai yg bersekolah lagi..
kita pernah bergaduh hingga satu tahun tak bertegur sapa..sampai kedua orang tua kita tanya..'pasai apa dgn depa ya'lawak kan...(air dicincang tak akan putus)
...hingga sampai sekarang...kat mana aku berada hang tetap sahabat baik aku..
EDY

Dicatat oleh Papa-Itam View Comments



tak boleh dilupakan saat itu...anak kedua kami demam panas selama 2 bulan .... empat kali kami mengunjungi klinik swasta.Acapkali kami menerima alasan yang sama dari doktor..." biasalah budak-budak , lagipun musim demam ni ..." masih terngiang-ngiang lagi....Suamiku berkali-kali mengatakan bila malam suhu badan adik akan mencecah 39 hingga 40 darjah celcius...adakah itu biasa untuk baby 6 bulan ...."takper saya akan bagi ubat ..." saat itu aku dan suami hanya akur sahaja dalam perasaan hiba..
tapi siapa sangka , pada satu tengah hari , aku mengambil anak-anakku dari taska ...terkejut aku kerana adik muntah dan muntah itu bercampur dengan darah ...penat pulang dari kerja hilang pada saat itu ...lemah longlai aku menghubungi suamiku...sejam kemudian suamiku pulang dari tempat kerjanya ....saat itu kami rasa kami membuat keputusan untuk pergi ke kllinik kerajaan sahaja ...nasib menyebelahi kami kerana tidak perlu menunggu lama untuk giliran ...kami menceritakan dari A sampai Z .Doktor hanya menggelengkan kepala....ini sumer kerana duit..terpana kami...
setelah diperiksa , doktor yang bertugas menyarankan agar kami membawa adik ke hospital Selayang ....beberapa dokumen telah diberikan kepada kami berkaitan pemerhatian pihak klinik ke atas adik ...kami singgah kerumah untuk mengemas sedikit barang yang perlu dibawa ke hospital ...Aku masih ingat lagi , pukul 4.15p.m aku mendaftar di kaunter....tapi kerana terlalu ramai orang , angka giliran ku memaksa anakku bersabar sampai pukul 10.30 malam untuk diletakkan ke dalam wad kecemasan...tapi itu tidak membenarkan kami menarik nafas lega....aku diberitahu darah adik akan diambil ...Ya ALLAH masu tu aku rasa nak pengsan ..adik sakit tak bermaya ...kesian dia ...tapi lagi kesian adik dijadikan bahan kajian ....kenapa ? dat tahu awak pelatih janganlah amik darah baby ...boleh pulah nak bersembang pasal benda -benda yang tak berkaitan dengan pesakit...aku geram jer....pulak tu boleh main tukar-tukar orang pulak ...adik waktu itu dah tak larat nak nangis walaupun aku tahu ia menahan sakit ...akhirnya aku berbunyi jua..."korang boleh buat betul-betul tak kat anak akak . kalau korang nak sembang lepas ni jer ... tolonglah ...baby kak sakit tu ..." "maaf kak " Akhirnya darah anak ku berjaya diambil ....
satu lagi penantian , keputusan bacaan darah adik....lambat dan lembap ....saat itu pukul 2 pagi...bayangkanlah suamiku dan anakku(kakak) yang berusia 4 tahun...macammanalah mereka...kesian kakak ..tapi Alhamdulillah aku dapat suami yang cukup memahami kami...TQ abang...
pukul 5.30 pagi , setelah mendapat keputusan darah adik diarahkan masuk kewad ...
waktu itu aku menghubungi suamiku yang berada diluar wad kecemasan ...kami redha sekali lagi ...akur dengan keputusan itu..
pukul 6.30 pagi , dekat 10 orang pakar datang ke katil adik ...adik dipeksa dan sekali lagi arahan agar darah adik diambil , cuma kali ini air kencing adik dan najis juga perlu dikaji ...doktor menasihatkan aku dan suami agar bersabar....
dari sehari ke sehari aku dihospital ..adik masih begitu ..demam dan muntah darah...yang menyedihkan hati kami ,kakak mengeluh ..."tak seronoklah umi ngan adik tak ada kat rumah ..bila nak balik ?" luluh rasa hati pada waktu itu...kesian kat kakak ...tapi suami aku menerangkan situasi adik pada kakak...kakah hanya mampu kata kesian adikkan umi abah ...
dalam menjaga adik di waktu malam sebenarnya aku bergilir dengan suami...walaupun abang ada munguruskan hal rumah tapi paham-paham ajelah ...jadi aku perlulah menacap apa yang patut ...tapi apapun TQ banyak-banyak kat abang ...
genap 7 hari adik dibenarkan keluar wad , tapi tanpa mengetahui status sebenar adik ...alasan mereka datang semula 2 minggu....hari beganti hari...adik masih demam lagi...kadangkala muntah bercampur darah...rasa macam nak bertukar tempat sahaja ....
cuti tak payah citelah ...habis dah cuti tahunan kami...tak larat menanti kami gagah juga membawa anak ke klinik swasta yang lain ...kami menceritakan kepada doktor tentang adik....doktor itu menyarankan agar kami pergi ke hospital pada waktu itu juga ..kami akur sekali lagi...kami pergi semula ke wad adik yang dulu...Terkejut kami bila jururawat yang bertugas mengatakan doktor tidak dapat mengenalpasti apa sakit adik... dan kami disarankan agar memulakan dari wad kecemasan semula ....
terduduk sekejap aku.... nak mula semula ...apa nie..rasa kecewa ,sedih dan geranm sumernya bercampur baur.Aku tak tahu dari mana suamiku dapat kekuatan membawa kami sekeluarga keluar dari wad itu...di ruang legar hospital aku lihat abang menghubungi seseorang ...aku hanya mampu melihat saja...abang mendekatiku dan mengatakan sesuatu .." kita balik perlis ya...usaha kat sana .." aku menggangguk sahaja ..

Dicatat oleh Papa-Itam View Comments



gambar ni di ambil waktu keluar makan malam bersama isteri dan anak-anak
aku rasa ini lah gambar yang terbaik aku tangkap waktu hujan pada malam hari..
hanya guna handset sony ericsson 3.2mp

Dicatat oleh Papa-Itam 23 Oktober 2008 View Comments



ni himpunan minyak angin yg ada kat umah aku...al maklumlah ada anak kecil ni lah ubat waktu depa kembong perut...

yang tak ada kat dalam himpunan minyak angin aku ialah minyak lintah..~~hahaha

Dicatat oleh Papa-Itam 22 Oktober 2008 View Comments


Teringat aku tatkala keputusan SPM 1997 , macam-macam yang bermain dalam kotak fikiran aku ni... kemana harus ku sambung pengajianku...aku bertuah kerana permohonanku ke UKM berjaya tapi sayangnya mendapat tentangan keluarga kerana sebab wang ....duit juga yang penting masa tu....
tapi Allah Maha Penyayang....aku dapat juga belajo ...nak dibandingkan dengan kengkawan yang lain... tapi diploma je kat maktab perguruan.Tapi yang lawak tu maktab aku sumer pompuan....frust giler aku masa tu...paham-paham sendirilah.... Kira dari situlah titik tolak aku sebagai seorang cikgu....tapi tuhan ajelah yang tahu...bosannya buat sesuatu tu kalau terpaksa beb...tapi itu ajelah yang aku kena ngadap...janji ada fulus tiap-tiap bulan ( elaun ler ) . Aku ambil opsyen math / kem.hidup.Subjek math ok lagi walaupun nak tercabut kepala dibuatnya...tapi subjek kem hiduplah buat hidup aku huru hara....mana tak ,kena bukak enjin , bersihkan pastu pasang balik...benda yang aku tak pernah buat tu...pastu bertukang...lagi lah aku nak menangis....leceh beb ..tapi satu benda yang paling buat aku nak gila kalu kena bahagian menjahit...hehehe failed beb...garenti aku sanggup perabih duit upah kawan aku buat ...tapi selalunya aku tukar keja ngan kerja math ...nak hidup...
Ada satu saat masa tu bahagian perkebunan , seminggu aku ngan kengkawan tak makan nasi...tau kenapa ...tanganku dicemari taik kambinglah....gaul baja beb ...mak oi bau dia minyak wangi beratus-ratus pun takleh lawan....tapi markah punya pasal redah jelah....
tapi satu perkara aku tak lupa masa zaman maktab ...saat duit elaun nak kunjung tiba makanan asasi pun berubah....selain maggi , mangga muda jadi pembuka selera ...tak susah ..stok sentiasa ada dalam kawasan maktab aku ..yang penting ada baldi, galah panjang dan semangat juang untuk menjolok.....lagi satu garam ngan kicap pun mesti ada ..kalau tak ,takder ummmmppphhh.pastu semangat untuk menelanlah....
tapi itu sumer kenangan ...Dan yang paling penting kat negeri aku belajolah aku jumpa prince charming aku...tapi bukan cikgulah....hehehe....


Pejam celik pejam celik , pertengahan 2001 akhirnya aku dah jadi cikgu betul...nantikan sambungan ku lagi....

~~~From aLoNg~~~

Dicatat oleh Papa-Itam 21 Oktober 2008 View Comments


sebuah lagu akan memberi ingatan segar utk kita dan merakamkan suka duka kita
lagu nur kasih memberi kesan yg mendalam buat aku dan isteri
sampai sekarang kalau ada gaduh-gaduh tu..lepas gaduh pasti aku
aku dengar lagu nur kasih...lagu ni jugak menjadi lagu tema waktu majlis perkawinan aku dgn isteri 19-07-2003

semoga aku dan isteri bahagia hingga ke akhir hayat



In-Team (Putra Aiman / ITO Lara)

Nur Kasih

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

( korus 1 )
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

( korus 2 )
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

( doa )
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar disiram nur kasih)

Dicatat oleh Papa-Itam 20 Oktober 2008 View Comments

Anak itu anugerah ALLAH
semoga aku dah isteri dapat membesarkan pertama hati kita
dilandasan yang diredai ALLAH.
Buat permata hati abah dan umi,kamu sentiasa dihati kami

NURMI ADLINA & NURMI HAKIMI


Dicatat oleh Papa-Itam View Comments

Sekadar sebuah cetusan rasa apa yang telah dilalui….
sebuah impian..harapan. dan kenyataan..
pada kawan dan teman
terima kasih atas cabaran kalian
kini
telah ku jadi satu landasan
……………………………………………………….
Sedar tak sedar 29 tahun aku hidup di bumi ALLAH….
Syukur tetap jadi orang..dalam usia sebegini aku dah punya isteri dan
dua cahaya mata…nak kata banyak nya harta tak adalah…apa yang
Ada karang ni aku bangun besama-sama isteri aku….terima kasih sayang
Setia berada disisi abg…susah senang biar bersama.

………………………………………………………………………
(...)
aku tawakal dengan pilihan yang telah aku buat dulu…peluang dan ruang yang
datang tak semestinya datang utk kali seterusnya…..
kalau aku terima sambung belajar…mungkin aku masih tak jadi orang lagi

ALLAH maha merancang …

………………………………………………………………………

teingat waktu bebudak sekolah dulu…
“sapa antara kita (aku,apik,jamal) masih naik gerek waktu tua nanti?” seingat aku apik yang Tanya soalan tu …dibawah pokok asam sebelah rumah aku karang ni dah tua pun…

karang ni dia orang dah kawin dah ada anak dah ada kereta dan boleh kata berjaya….aku syukur seadanya apa yang aku ada karang…hidup ini ada pasang surutnya…berputur macam bumi ni…nasib orang tak sama..

satu yang kena ingat bila diatas tu jangan la pulak sombong dan takbur….kita pun dari bawah jugak dulu…biar cakap serupa bikin…lain la dulu kita terus diatas Cuma pengalaman dan nasib yang sebelah pada kita.

Sekadar satu peringatan pada kawan..

Sebelum boleh berlari,berjalan dulu pun kita merangkat kan….dari baby ke dewasa dan akhir sekali tua…..kita tak sentiasa muda,muka yang tegang dan cantik akhir sekali akan berkedut jugak..tunggu aje masanya.

“Ya Allah andainya langkah ku songsang sedarkan lah hamba ini…”

“biar sinis dari ketawa kerana ia lebih bermakna..”

“satu jari tunjuk pada salah orang ada sembilan lagi jari tunjuk pada salah sendiri”


“ya Allah…..


“sebagai seorang manusia kita sering lupa pada kasih sayang ALLAH pada hambanya…ALLAH beri peringatan untuk menyedari hambanya…tentang kelalian atau kemukaran yang telah kita lakukan …Siapa aku kalau ALLAH tak sedarkan aku?


……………………………………………………………………………..


Paku dulang paku serepih

Banyak perkara yang berlaku disini…
Semuanya makan dalam..


“bila cakap pasai duit seorang pasti lupa diri”


KAwAN bUaT aPa NaK bErLaWaN-lAwAn
KaN kItA sAmA-sAmA cArI MaKaN
PeRiUk KaWan TaK UsAh LaH KaU tAbuRkAn

KaWan-KaWan
BeRhAtI-HaTi DeNgAN GuNtInG DaLam LiPaTaN
JaNgAN JaDi KaWaN MaKan KaWaN
KeNaL DuLu Yang MaNa KaWan
DaN YaNg MaNa LaWan


“masih ingat lagi waktu aku tolak tawaran belajar dulu aku kata segulung ijazah tu belum tentu membuat seseorang itu terdidik.”


Dari sesuatu kita belajar tentang sesuatu…harap-harap lepas aku faham la yang maksud tersurat dan tersirat kata-kata tu.Dulu waktu mula-mula kerja kat sini aku hanya angguk-angguk geliang-geliang.

Tiba-tiba teringat arwah tok…aL-fatihah moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.waktu kecil aku suka ikut tok ke masjid terutama solat subuh…yang aku tahu lepas aje ke masjid pasti tok akan singgah kat kedai beli nasi lemak utk aku…rindu sangat pada arwah…yang pergi tak akan kembali..tapi kasih sayang tok masih segar sampai bila-bila….”midi biaq kita miskin dengan harta tapi kaya dengan budi bahasa “ ayat tu selalu tok ingatkan aku…”tok bila midi besaq nanti tok duduk rumah midi. Midi jaga tok… “kita akan rasa kehilangan bila seseoang telah tiada.


Sejarah adalah sesuatu perkara yang perlu diingati,diperlajari dan dihayati…..aku tak akan lupa kisah dimana orang lupa diri….

.cakap jangan lebih

.lihat salah sendiri dulu..sebab kita bukan selalunya betul.

Dicatat oleh Papa-Itam View Comments


This is my first learn abou blogger and Blogging.
Kalau ade yang tak kene boleh laa tolong ajar.

Papa Itam~

Dicatat oleh Papa-Itam 19 Oktober 2008 View Comments

Subscribe here